Isnin, 8 Februari 2016

Sinopsis jalan ke puncak tingkatan 2

Jalan ke puncak


Bab 1:Bagaikan Mimpi
Watak:Laiman,Sukri
Latar Tempat:Bilik Rehat,Kedai Makan

Sinopsis
*Ini semua bagaikan mimpi bagi Laiman yg mengejutnya ketika tengah malam.Dia tersentak seketika dan tidak tahu cara dia boleh terdampar di Bumi Kenyalang sebagai mahasiswa.Akan tetapi dia tidak menolak bahawa itu semua ialah kehendak Tuhan.

*Laiman memainkan jari telunjuknya di atas meja dan fail-fail,dia meneruskan kerjanya di luar pula.Dia berehat sebentar setelah kerjanya selesai.Laiman disukai oleh pekerja pekerja bawahannya kerana mempunyai sikap yg tekun Dan tabah.Berkat ketekunan dan ketabahannya,kini dia bergelar mahasiswa.Kalau nasib menyebelahinya dapatlah dia memperoleh segulung ijazah sarjana muda dalam jurusan kejuruteraan.

*Laiman melihat jam di tangannya menunjukkan jam 12.30 tengahhari.Dia berhasrat ingin berehat di bilik rehat,belum sempat dia melangkah tiba tiba Sukri menegurnya lalu mengajaknya berehat di kedai mkn.Semasa di dalam kereta,Laiman hanya trmenung mengingatkan kawan seuniversitinya iaitu Chow Chin.Dia mengakui bahawa Chow Chin seorang yg baik dan merendah diri.Kereta yg dipandu oleh Sukri berhenti betul betul di hadapan sebuah warung.Lamunan Laiman terhenti apabila Sukri mengajaknya keluar untk mkn tengahhari.



Bab2:Sesal

Watak Utama:Laiman(pelajar kejuruteraan)
Watak Sampimgan:Soniah(rakan sepejabat Laiman)
Latar Tempat:Pekat dekat Lutong,Sarawak
Latar masa:Selepas habis waktu pejabat

Sinopsis

Setelah habis waktu pejabat,Laiman bersiar siar di pekan Lutong.Laiman perlu berehat seketika.Kerja yg dibuatya telah siap.Kerja tersebut telah disahkan oleh pengurusnya sendiri.Pengurus yg tinggi lampai,berbadan sasa dan kacak bergaya itu tersenyum puas.Kerja yg dibuat oleh Laiman amat rapi.Seorang wanita bersama budak lelaki menyapa Laiman dari belakang.Wanita itu ialah Soniah.Mereka singgah di kedai mkn.Soniah bertanyakan tentang muluk.Laiman mengesyaki bahawa Soniah sedang menyembunyikan sesuatu.Soniah terus bertukar topik setelah lama Laiman berdiam diri.Soniah bertanya kepada Laiman,berapa lama lagi duduk di universiti?Laiman rasa terganggu dengan pertanyaan itu.Laiman tidak menjawab.



Bab3:Musibah

Sinopsis

Sukri tegapah gapah meneruni tangga pejabat.Sebelum memasuki kereta tiba tiba dia terlupa sesuatu di dalam biliknya.Kemudian dia berpaling dan meneruskan langkahnya apabila mendengar khabar bahawa sesuatu telah terjadi.

Satu kejadian kebakaran berlaku di tempat Sukri bekerja.Kebakaran itu berlaku disebabkan oleh tangki minyak yg dibaiki oleh Laiman dua minggu lalu bocor.Ketika itu Laiman berada di Kuching dan sedang menjalani latihan.Selepas peristiwa itu Sukri banyak berdiam diri kerana memikirkan nasib Laiman.

Keesokkan harinya pagi pagi lagi Sukri telah pergi ke rumah sewa Laiman untuk memberitahu tentang kejadian itu.Ternyata Laiman juga terkejut akan berita yg disampaikan oleh Sukri kerana dia telah menggunakan seluruh kepandaiannya dengan pihak kontraktor.Laiman juga memberitahu bahawa dia berdebar debar apabila diberitahu bahawa pengurus ingin berjumpa dengannya pada esok hari.Sukri juga menasihati Laiman untuk tenangkan fikirannya apabila bertemu pengurus.